Bukan tisu tandas, ye…ini tisu dapur. Jika anda mempunyai sayur-sayur buah seperti timun, cili, terung dan sebagainya dan anda mahukan sayur anda untuk tahan lebih lama, cuba tip ini:
- Ambil tisu dapur ini dan lap sayur buah anda sehingga betul-betul kering.
- Balut sayur buah anda di dalam tisu dapur dan simpan di dalam bekas kedap udara, bukan dalam beg plastik
- Simpan bekas di dalam peti bahagian ‘chill’
- Keluarkan sebanyak mana sayur yang anda ingin gunakan sahaja dan simpan yang lain.
Anda akan dapati bahawa anda akan berjaya menambah jangka kesegaran sayur anda sekurang-kurangnya selama seminggu lebih daripada jika anda tidak membalut sayur seperti ini.
Kenapa?
Sayur-sayur buah sebenarnya cepat layu jika terkena air atau lembab. Itu antara faktor mengapa sayur yang disimpan di dalam peti sejuk cepat rosak. Itu juga antara sebab kenapa bila tiba musim hujan, sayur-sayuran ini cepat rosak. Dan sebab kita tinggal di negara Khatulistiwa, dan iklim kita panas dan lembab, sayuran ini cepat rosak.
Sekarang, anda dah tahu macam mana nak panjangkan jangka hayat sayur anda dengan menggunakan 1 peralatan dapur, kan? Mudah saja caranya.
Dapatkan sayuran & hasil ternak segar dari Kebun Kita dengan melanggan KitaBox Vege atau KitaBox Family.
Bukan saja senang, tapi menjimatkan. Satu pakej KitaBox memberi penjimatan sekurang-kurangnya RM40 dari harga biasa.
*ada cara lain yang anda gunakan untuk kekalkan kesegaran sayur? Kongsikan di ruangan komen ya.