Projek Cendawan Kukur
Soalan Sering Ditanya
Siapa Kebun Kita?
Kebun Kita adalah jenama dimiliki dan diuruskan oleh Patriots Food Network Sdn Bhd (PFN). PFN pula merupakan subsidiari kepada Patriots Holding, syarikat mengkhusus kepada media, pemasaran, penerbitan , pengedaran, latihan dan rundingan pengurusan. Kebun Kita diwujudkan selepas menyedari keperluan untuk turut serta membantu dalam mengurangkan isu dalam sekuriti makana. Setakat ini Kebun Kita fokus kepada perbekalan produk tani, ternak dan makanan secara B2B dan juga kerjasama dengan beberapa IPT tempatan dalam peruncitan, pemasaran, data analisis dan juga R&D. Untuk bacaan lanjut, rujuk di sini.
Kenapa melabur dalam sektor pertanian?
Kenapa tidak? Industri tani, ternak dan makanan adalah salah industri yang kalis kegawatan (recession proof). Antara jenis pelaburan yang paling selamat dan prestasi pelaburan yang lebih stabil, baik dan cepat pulangannya berbanding saham, bon dan hartanah (berdasarkan prestasi 50 tahun kebelakangan ini). Ini kerana tak kiralah apa yang jadi pun di dunia ini, manusia perlu makan untuk hidup.
Apakah perancangan jualan cendawan yang telah dituai?
Setakat ini kami akan memfokuskan kepada memenuhi permintaan domestik. Cendawan yang telah dituai bukan sahaja akan dijual dalam bentuk segar dan kering untuk dimakan, tapi juga sebagai bahan-bahan asas (dalam bentuk serbuk) untuk industri pemakanan dan perubatan.
Kami juga sedang meneroka peluang pasaran eksport sekiranya kapasiti pengeluaran boleh ditingkatkan ke sekurang-kurangnya 2 tan setahun.
Apakah dokumen yang akan saya terima selepas pembelian lot ini?
- Surat akuan terima dana
- Perjanjian
- Sijil milikan bongkah
Macam mana jika berlaku perkara luar jangka yang menyebabkan hasil tidak dapat dituai?
Kami faham kerisauan pelabur semua. Kami sudah pun melakukan due diligence pada lokasi rumah cendawan dan setakat ini tidak pernah berlaku apa-apa masalah di luar jangka. Jadi kita doakan agar ia tidak berlaku.
Terdapat satu klausa di dalam perjanjian yang menyatakan dengan jelas tindakan yang boleh dibuat dan tanggungjawab kami kepada anda sekiranya berlaku perkara luar jangka.
Jika berlaku juga bagaimana?
Untuk makluman, KK ada stok tambahan dipanggil ‘buffer stock’ untuk tujuan penggantian bongkah yang rosak.
Tiada kos tambahan dikenakan pada anda. Contoh perkara luar jangka adalah seperti berikut:
- Kebakaran
- Banjir
- Ribut
- Rosak akibat kilat
- Rosak akibat penyakit
- Kerosakan dari haiwan
- Kecurian dan vandalism
Untuk mengurangkan risiko-risiko ini, kami di bahagian pengurusan akan menjalankan pengawasan secara teliti dan akan ada pekerja yang menjaga dan buat semakan setiap hari di rumah cendawan tersebut. Di samping itu, kami juga dapat bantuan dari pakar-pakar kulat pihak Universiti Malaya untuk membantu optimumkan lagi pengeluaran serta minimumkan kerosakan cendawan-cendawan tersebut.
Bilakah bayaran pulangan akan diberikan?
Bayaran pulangan akan diberikan dalam 10-15 haribulan. Tempoh sebenar ada dimasukkan dalam Term Sheet di perjanjian.
Kenapa tawarkan peluang ini kepada pihak ketiga?
Kebun Kita mengambil keputusan untuk mengintegrasikan rakan pelabur dalam sebahagian operasi untuk meningkatkan lagi kemampuan kapasiti operasi. Dari segi kewangan, secara tidak langsung kami boleh mengelakkan kebergantungan pada pinjaman dari pihak institusi kewangan dalam usaha ini. Lebih cepat dan besar kapasiti pengeluaran kami, lebih banyak manfaat bakal diterima oleh ekosistem ini.
Dengan adanya ‘back up’ dari rakan pelabur persendirian, kami dapat membuat perancangan pengeluaran yang lebih konsisten dan ini mampu menarik minat prospek untuk mendapatkan bekalan dari Kebun Kita secara berpanjangan.
Di mana lokasi rumah cendawan ini?
Lokasi rumah cendawan adalah di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi Universiti Malaya di Jelebu, Negeri Sembilan.
Bolehkah kami melawat rumah cendawan itu?
Boleh, malah sangat digalakkan. Anda boleh aturkan lawatan, cuma maklumkan pada kami terlebih dahulu. InshaAllah lawatan ke rumah cendawan akan mula dibuka untuk rakan kongsi mulai Julai 2022.