Mengenai Program
01.
— Kolaborasi
Kebun Kita akan berkolaborasi dengan agensi kerajaan, sekolah dan rumah kebajikan berdaftar bagi mengenalpasti asnaf yang bakal menerima sumbangan.
02.
— Tajaan
Selepas penerima dikenalpasti, Kebun Kita akan mendapatkan tajaan dan sumbangan dari individu, SME, Yayasan & Korporat
03.
— Pemantauan
Program ini akan memantau sumbangan dari awal sehingga akhir. Dari peringkat tajaan sehinggalah sumbangan diterima oleh asnaf berkenaan
04.
—Aktiviti
Selain daripada aktiviti sumbangan berupa tajaan makanan, Kebun Kita akan melaksanakan inisiatif berteraskan ‘sustainability’ untuk rumah-rumah kebajikan yang bersesuaian.
05.
— Khidmat Nasihat
Program ini juga akan berkolaborasi dengan agensi melibatkan kesihatan dan pemakanan bagi memastikan penerima menerima makan bernutrisi dan berzat
06.
— Ekosistem
Secara amnya, Program Suapan Kasih Asnaf ini bakal menjadi ekosistem kepada permulaan pemakanan yang sihat dan baik untuk semua, tidak kira status ekonomi masing-masing. Semuanya bermula dari anak-anak kita.
Rakan Kerjasama Strategik
Agensi-Agensi Kerajaan
Kami berminat untuk bekerjasama dengan agensi kerajaan yang melibatkan kebajikan dan sosio-ekonomi rakyat.
Sekolah & PIBG
Kami berminat untuk bekerjasama dengan pihak Sekolah & PIBG dalam program berkaitan kebajikan dan juga aktiviti melibatkan pendidikan berkaitan agrotani
Komuniti Bisnes
Kami berminat untuk bekerjasama dengan mana-mana individu, NGO, SME & Korporat dari segi tajaan dan aktiviti CSR melibatkan kanak-kanak dan kesihatan pemakanan.