Sejarah pemakanan timun sebenarnya telah wujud lebih 3000 tahun dahulu. Biasanya dimakan secara mentah & adakalanya dimasak. Timun mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak dan karbohidrat sebanyak 2.2%. Selain itu timun juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C.
Jadi, apa beza TIMUN TEMPATAN, TIMUN JEPUN & ZUCCHINI?
TIMUN TEMPATAN
Yang ini kita biasa tengok, kan? Rupanya Panjang, agak gebu, warnanya hijau cair dan mengandungi 95% air. Dari segi kesihatan, timun tempatan baik untuk JANTUNG, GIGI & GUSI. Dari segi kecantikan, ianya baik untuk MELEMBABKAN KULIT & MEREHATKAN MATA.
TIMUN JEPUN
Nama lain bagi timun jepun ini ialah Kyuri. Kalau kita tengok, rupanya panjang dan kurus, berwarna hijau pekat dan lebih padat berbanding timun tempatan. Selalunya digunakan untuk juadah sushi dan salad. Ada juga yang membuat acar dengan timun ini. Dari segi kesihatan, timun jepun baik untuk penyakit anemia dan mengandungi antioksidan yang tinggi. Rasanya lebih rangup dan lebih tawar berbanding timun tempatan.
ZUCCHINI
Sebelum ini, admin sangkakan bahawa zucchini dan timun jepun itu sama. Tetapi, sebenarnya ia berbeza. Walaupun rupa hampir sama, Zucchini adalah sejenis terung. Nama lain bagi Zucchini ialah Terung Itali. Ianya padat dan lembut dan kulitnya kering. Warnanya pula hijau pekat dan kuning. Sesuai dibuat tempura, dimasukkan ke dalam pasta dan juga dipanggang.
Dari sudut kesihatan, zucchini boleh membantu mengawal tekanan darah, mencegah kanser dan menurunkan kolesterol.
Di Kebun Kita, kami menjual Timun & Timun Jepun. Mungkin pada masa akan datang, kami boleh juga menjual zucchini jika ada permintaan dan ada pekebun tempatan yang menanamnya.
Anda suka yang mana?