Sertai Misi Kami

Fahami Kebun Kita…

Misi kami adalah untuk memastikan rantaian perbekalan makanan dipendekkan. Dari pengeluar terus kepada pengguna.  Jika perniagaan ini adalah seni menyelesaikan masalah, maka ini yang Kebun Kita cuba capai.

  1. Selesaikan masalah pengguna akhir/pembeli
  2. Selesaikan masalah pengeluar terutama sekali pekebun

Kami akui, ini bukanlah satu idea baru. Tapi disebabkan sejak sekian lama dan selepas bertahun-tahun, inilah juga masih menjadi masalahnya. Masalah pekebun tetaplah juga tidak tahu di mana nak jual hasilnya. Ataupun jika ada pembeli, tapi terpaksa tolak harga murah sangat. Dah tak berbaloi usaha anda.

Oleh demikian, kami di Kebun Kita ingin menjadi platform untuk bantu selesaikan masalah ini. Bukan saja untuk pekebun tapi juga untuk pembekal dan pengeluar-pengeluar produk yang rasa boleh mendapat manfaat dari platform Kebun Kita DAN ingin bersama-sama kami menjayakan misi ini. Yang kami cari:

  • Pekebun sayuran
  • Pekebun buah
  • Pemilik ladang organik
  • Pengusaha ternakan (ayam, daging, telur)
  • Nelayan
  • Produk Bumbu dapur
  • Makanan frozen
  • RTC (Ready to Cook)
  • RTE (Ready to Eat)

Jika berminat jadi keluarga Kebun Kita dan ingin tau bagaimana kita boleh bersama-sama laksanakan, bolehlah mulakan dengan mengisikan BORANG INI

Platform  Kebun Kita!

200+

Produk Terpilih

20+

Rakan Kebun & Pembekal

30+

Ejen Kawasan

Shopping Cart
Scroll to Top