Program Suapan Kasih
Kerjasama Kebun Kita & Jabatan Kemajuan Masyarakat
Rasulullah bersabda:
“Barangsiapa yang meringankan (beban) seseorang yang sedang kesulitan, maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat” [HR Muslim]
Rumah Tunas Harapan (RTH) adalah inisiatif JKM menyediakan tempat tinggal buat kanak-kanak yang tidak dapat hidup bersama ibu bapa/ keluarga kandung mereka.
Menarik tentang RTH, sistem yang diterapkan ialah sistem berkeluarga, dimana mereka tinggal di rumah biasa dan dijaga oleh penjaga yang dipanggil ‘ibu’.
Setakat ini, terdapat lebih daripada 20 buah RTH di seluruh Malaysia.
Walaupun setiap RTH mendapat peruntukan oleh JKM, adakalanya keperluan mereka melebihi daripada peruntukan yang disediakan.
Inilah matlamat utama Program Suapan Kasih ini. Menyediakan dana tambahan buat RTH bagi memenuhi keperluan anak-anak di RTH.
Sumbangan yang diterima akan digunakan bagi:
Kita sedia maklum, makanan berkhasiat cukup penting terutamanya buat anak-anak yang sedang menginjak usia dewasa. Namun begitu, kos makanan yang lengkap itu bukanlah suatu yang murah.
Dana bagi tujuan pendidikan cukup penting, apatah lagi untuk hal berkaitan tahunan seperti kelengkapan dan pakaian sekolah anak-anak.
Antara perkara yang kurang diberi tumpuan, namun cukup penting. Melalui kebersihan diri, risiko anak-anak ini dijangkiti penyakit dapat dikurangkan.
Unik tentang Program Suapan Kasih ini, jumlah sasaran sumbangan yang diperlukan berbeza bagi setiap RTH, sesuai dengan keperluan rumah masih-masing.
Matlamat kami ialah, menyediakan dana tambahan untuk tempoh setahun bagi 20 buah RTH.