Cendawan Kukur
Cendawan Kukur (Splitgill Mushroom) atau nama saintifiknya Schizophyllum commune adalah sejenis kulat yang ada nilai pasaran berpotensi tinggi dan punya banyak khasiat. Industri Cendawan kukur masih dalam kategori ‘Blue Ocean’ kerana belum ada banyak penghasilan pada skala komersial dibuat setakat ini untuk menampung permintaan tinggi dari pasaran.
OBJEKTIF UTAMA
Penghasilan Komersial Bagi
Memaksimakan Potensi Cendawan Kukur
Pasaran Cendawan Kukur/Splitgill Mushroom adalah masih lagi dalam kategori ‘Blue Ocean’. Ini kerana setakat tahun 2018, hanya 20 sahaja pengusaha cendawan kukur untuk memenuhi pasaran domestik.
Perjanjian kerjasama telah dibuat dengan Fakulti Sains Universiti Malaya untuk R&D berkaitan komponen nutrisi dan perubatan di dalam cendawan kukur atau nama saintifiknya Schizophyllum commune. Kajian juga akan dibuat untuk memaksimumkan penggunaan Spent-Mushrom Substrate hasil dari cendawan kukur tersebut untuk tujuan pemakanan dan nutrisi haiwan ruminan.
Kami di Kebun Kita ingin membuka peluang perniagaan bersama dalam penghasilan kulat berpotensi tinggi ini bagi memenuhi pasaran domestik dan juga untuk meneroka peluang eksport.
Cendawan Kukur
Cendawan telah dikenal pasti sebagai salah satu komoditi bernilai tinggi (RMK10) dan sumber kekayaan baharu menerusi Dasar Agromakanan Negara (RMK11). Pelbagai inisiatif dan strategi telah dikenal pasti untuk membangunkan industri cendawan, antaranya meningkatkan pengeluaran dan produktiviti, memperkukuh aktiviti R&D, meningkatkan bekalan benih yang berkualiti dan pelbagai lagi strategi untuk pembangunan industri cendawan
Cendawan kukur, split gill mushroom, kulat sisir adalah antara jenis cendawan yang semakin mendapat lonjakan dalam permintaan domestik dengan potensi tinggi untuk pasaran luar negara dan sebagai medicinal mushroom.
Khasiat
Dari hasil penyelidikan dijalankan, cendawan kukur mempunyai khasiat nutrisi dan perubatan yang tinggi berbanding cendawan lain antaranya cendawan butang, enoki dan tiram. Cendawan kukur dilaporkan mengandungi schizophyllan iaitu sejenis ramuan di dalam ubat antibarah khususnya barah serviks. Ia bertindak meningkatkan sel imun bagi membunuh sel barah, virus atau kuman yang menyerang badan. Ia juga mengandungi sebatian antioksidan yang kuat seperti selenium, asid protocatechuic, ergotheionene dan sebatian fenolik yang diperlukan bagi menyingkir toksik dalam badan selain kaya dengan protein, karbohidrat, magnesium dan vitamin D.
Kebanyakan permintaan domestik bagi cendawan kukur setakat ini adalah untuk dijadikan bahan masakan. Antara masakan yang banyak menggunakan cendawan kukur adalah lemak cili api. Terkini, cendawan kukur ini juga kerap dijadikan rendang sebab tekstur dan rasanya seakan-akan daging.
Pertanyaan
Projek cendawan kukur ini adalah tawaran milikan bersama untuk pelabur persendirian yang berminat. Untuk mengetahui lebih lanjut tawaran kami, boleh muat turun Prospektus.
Anda juga boleh ke laman ini untuk membaca soalan yang sering ditanya berkenaan projek dan tawaran ini. FAQ Projek Cendawan Kukur.
Potensi Pasaran Cendawan Kukur
Setakat rekod yang diperolehi pada tahun 2018, terdapat 20 pengusaha cendawan kukur di Malaysia yang masih belum lagi mampu menampung pasaran domestik. Kami di Kebun Kita menyedari potensi ini dan mulai tahun 2022 akan memulakan Projek Cendawan Kukur dengan sasaran kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 2-3 tan.
Lokasi rumah cendawan Kebun Kita adalah Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi Universiti Malaya, Jelebu. Matlamat kami adalah untuk menjalin kerjasama dengan pihak Universiti Malaya dan lain-lain institusi pengajian tinggi untuk kenalpasti potensi cendawan kukur ini dalam perubatan (medicinal mushroom), sebagai pengganti daging (meat substitute) dan juga teknologi penghasilan komersial untuk pasaran eksport.
Berdasarkan pada potensi perkembangan pasaran cendawan kukur dalam dan luar negara, Kebun Kita akan memulakan Projek Cendawan Kukur.
Boleh muat turun informasi tentang projek ini di bawah:
Jika ingin book slot taklimat online pada 23 Ogos 2022 (Selasa jam 9 malam) , KLIK SINI. Untuk tarikh-tarikh lain, boleh hubungi kami DI SINI.
Jamalee Bashah
CEO Kebun Kita