Mengapa Kebun Kita Diwujudkan?

Krisis Makanan

Keratan dari rencana Utusan Malaysia bertarikh 10 Sept 2021

Ini salah satu sebabnya. Negara kita sebenarnya kaya dengan tanah yang subur dan penduduknya yang faham tentang pentingnya kerja keras. Sebab itu, saban generasi berganti, tetap akan ada anak-anak muda yang menyahut cabaran menjadi petani, penternak & nelayan.

Namun, saban tahun berganti, masih ketara masalah keselamatan makanan negara. Mengapa? Dengan teknologi yang ada, bukankah sepatutnya kita makin maju? Tapi sebaliknya berlaku. Siapa yang perlu dipersalahkan?

Menuduh mereka yang melibatkan diri di dalam bidang asas tani sebagai tidak mempunyai masa depan atau tidak berpelajaran tinggi adalah tuduhan yang sangat dangkal sebenarnya. Perjalanan mewujudkan Kebun Kita memberi kami peluang secara langsung untuk bertemu dengan mereka ini.

Mereka terpelajar. Ramai lulusan universiti, baik diploma, ijazah mahupun doktor falsafah. Dan mereka memilih untuk berbakti kepada negara dengan memastikan keselamatan makanan terus terpelihara. Program-program anjuran kerajaan bagi mengajak lebih ramai rakyat untuk turut serta, tetap berterusan. Dari pemberian geran kepada memudahkan proses pinjaman sehinggalah step-by-step consultation bagi mereka yang baru, sentiasa diberikan.

Namun sehingga kini, masalah keselamatan makanan masih tidak selesai. Daripada sibuk menuding jari, mencari kesalahan pihak-pihak yang terlibat, kami di Kebun Kita membuat keputusan untuk bekerjasama dengan semua pihak di dalam industri asas tani ini.

Dari pekebun, penternak dan nelayan kecil sehingga pembeli, kami ketemukan kedua-duanya supaya keperluan dapat diberi pada harga yang menguntungkan kesemua pihak.

Melalui platform Borong, kami melangkah lagi supaya pertemuan B2B dapat dijalankan. Adakah Kebun Kita satu-satunya penyelesaian? Tentunya tidak.

Kami faham, untuk sesuatu permasalahan negara dapat diselesaikan, kita memerlukan penglibatan semua pihak. Lebih ramai melibatkan diri, lebih bagus kesannya kepada negara. Namun, ketahuilah bahawa, setiap kali anda membeli di Kebun Kita, anda membantu petani, penternak & nelayan kecil untuk terus berjuang.

Setiap kali anda melibatkan diri dalam program sumbangan kami, anda menyalurkan bantuan kepada golongan-golongan sasar yang amat mensyukuri pemberian anda.

Kami mengamalkan konsep social enterprise melalui sokongan dan dokongan dari ahli komuniti yang mana kami membangun bersama-sama kerana kami percaya, apabila komuniti itu kuat, begitulah juga negaranya.

Sekiranya anda berminat untuk sertai misi kami, kami amat menghargai anda & anda boleh sertai kami sebagai Rakan Niaga.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
Scroll to Top