10 Khasiat Ubi Manis Pada Kesihatan

Ubi memang sedap. Tapi, tahukah anda khasiat ubi manis?

1. Meningkatkan sensitiviti insulin

Di dalam satu kajian percubaan klinikal yang dijalankan terhadap pesakit diabetes, didapati bahawa pengambilan ekstrak ubi keledek berkulit putih dapat meningkatkan sensitiviti pesakit selepas tempoh lima bulan. Selain itu, didapati juga paras HbA1c pesakit bertambah baik. HbA1c adalah salah satu ujian darah yang digunakan untuk mengukur paras gula di dalam darah di dalam tempoh tiga bulan sebelum ujian dilakukan.

2. Mengurangkan risiko menghidap kencing manis

Ubi keledek adalah makanan berkanji yang mempunyai kandungan serat. Di dalam satu kajian meta analisis, didapati bahawa pengambilan serat yang mencukupi dapat mencegah penyakit kencing manis. Saranan pengambilan serat seharian adalah dari 25 g ke 30 g. Namun harus diingat, ubi keledek haruslah diambil di dalam kuantiti yang sederhana bagi pesakit kencing manis kerana kandungan kanjinya yang tinggi.

3. Mengurangkan tekanan darah

Ubi keledek adalah makanan yang kaya dengan sumber kalium. Kalium adalah salah satu komponen yang mampu menyebabkan salur darah mengambang. Pengembangan salur darah akan menyebabkan tekanan darah untuk menurun lalu mengelakkan tekanan darah tinggi.

4. Meningkatkan kesihatan usus

Kandungan serat di dalam ubi keledek bukan sahaja mampu mencegah kenaikan paras gula di dalam darah, malah ianya juga mampu untuk meningkatkan kesihatan usus. Kajian telah membuktikan bahawa pengambilan serat yang mencukupi dapat mengelakkan sembelit dan mengurangkan risiko kanser usus.

5. Membekalkan tenaga dengan segera

Ubi keledek merupakan makanan yang tinggi dengan kandungan kanji dan karbohidrat. Di mana komponen ini berfungsi untuk membekalkan tenaga terhadap tubuh badan. Komponen karbohidrat di dalam 100 g ubi keledek mampu membekalkan lebih kurang 120 kcal tenaga terhadap badan (1 g karbohidrat = 4 kcal tenaga). Oleh itu, pengambilannya haruslah secara bersederhana untuk mengelakkan pengambilan tenaga yang berlebihan.

6. Menjaga kesihatan mata

Ubi keledek adalah salah satu makanan yang kaya dengan beta karoten. Beta karoten akan ditukarkan kepada vitamin A di dalam badan.

7. Mencegah penyakit skurvi

Ubi keledek mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi di mana pengambilannya yang mengikut saranan dapat mengelakkan penyakit skurvi.

8. Mencegah anemia

Anemia adalah penyakit di mana pesakit mengalami kekurangan hemoglobin dan sel darah merah yang akan menyebabkan keletihan. Hal ini terjadi kerana kekurangan zat besi. Vitamin C berfungsi untuk membantu penyerapan zat besi lalu meningkatkan paras zat besi di dalam.

9. Mengelakkan rasa lapar

Kandungan serat di dalam ubi keledek mampu untuk membuatkan kita berasa kenyang dengan lebih lama. Hal ini kerana serat melambatkan proses pengosongan perut lalu mengelakkan rasa lapar dengan cepat.

10. Mencegah radikal bebas

Kandungan beta karoten di dalam ubi keledek mempunyai sifat anti oksida. Selain itu, kandungan niasin juga mempunyai fungsi yang sama. Komponen yang bersifat anti oksida mampu mencegah radikal bebas yang menyebabkan kerosakkan pada sel dan tisu badan.Konklusinya, terdapat pelbagai khasiat kesihatan yang ditawarkan oleh ubi keledek. Namun haruslah diingat pengambilan yang berlebihan juga dapat membawa kesan yang buruk terhadap tubuh badan dan jika anda dibawah pantauan doktor, anda masih perlu mengambil ubat yang diberikan oleh doktor.

Banyak betul khasiat ubi manis ni. Untuk dapatkan 10 khasiat-khasiat ini ikutkan bukannya mahal sangat pun. Beli saja bekalan ubi manis anda dengan Kebun Kita, rebus dan makan. Simple.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
Scroll to Top