Sayur Yang Baik Untuk Ibu Yang Hamil

Untuk para suami yang isterinya mengandung buat pertama kali, kami nak beritahu je…Keadaan ibu mengandung langsung TAK SAMA antara satu dan yang lain.

Mereka juga kemungkinan BERUBAH perwatakan terus semasa mengandung. Jadi, jika isteri anda tiba-tiba jadi pelik, jangan terkejut. Selalunya mereka akan jadi ok balik lepas bersalin.Tapi, ini bukan tempat nak cerita perangai pelik ibu mengandung. Hari ini, kita nak tengok apa sayur yang baik untuk mereka makan supaya anak dalam kandungan mendapat zat yang baik.

BAYAM

Bayam mengandungi asid folat & zat besi yang tinggi. Ia juga mengandungi Vitamin A, C & K, sesuai untuk tri-mester pertama dan kedua.

KACANG BUNCIS

Kacang buncis mengandungi protein, Vitamin K dan serat yang tinggi. Jika isteri anda sering sakit kepala atau sembelit, cuba tambah kuantiti kacang buncis dalam makanan hariannya. Selalunya ia akan membantu melegakan isteri anda.

TOMATO

Juga dikenali sebagai buah untuk cantik, tomato mengandungi antioksidan, Vitamin C dan zat besi yang tinggi. Ia juga membantu memperbaiki sel-sel yang rosak dalam tubuh ibu semasa mengandung.

LOBAK MERAH

Jika isteri anda suka makan lobak merah semasa mengandung, ini ialah berita baik untuk anda. Lobak merah sebenarnya membantu perkembangan sel dan saraf bayi melalui kandungan beta kerotin yang tinggi. Kalsium yang tinggi di dalam lobak merah pula membantu pertumbuhan tulang bayi dan mengurangkan risiko demam kuning kepada bayi. Untuk ibu, ianya mempunyai antioksidan yang tinggi dan menguatkan sistem imun ibu.

TERUNG

Terung mempunyai banyak vitamin seperti B1, B2 dan Vitamin C serta zat besi dan kalori baik untuk tubuh. Ia juga mengandungi kandungan asid folat yang tinggi, bagus untuk ibu dan bayi.

PERINGATAN

Ibu mengandung ada yang jenis menghidap alahan teruk, ada yang langsung tiada alahan. Kami sarankan, sekiranya yang mempunyai alahan teruk itu, berikan pada kuantiti sedikit dulu dan perhatikan penerimaannya pada makanan. Mana-mana makanan pun lah.

Suami pula, fahamlah ye? Kalau isteri anda ada alahan, singsinglah lengan, masuklah ke dapur untuk masak. Biasanya, sup paling sesuai untuk ibu mengandung kerana mereka tak perlu bau minyak. Kita yang tak mengandung takkan faham betapa teruknya bau minyak kepada orang yang sedang mengalami alahan.

Untuk dapatkan bekalan sayur segar, mudah & murah untuk pasangan anda yang sedang hamil, terus ke e-store kami untuk pembelian.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
Scroll to Top