Artikel

Beza Antara Timun, Timun Jepun dan Zucchini

Sejarah pemakanan timun sebenarnya telah wujud lebih 3000 tahun dahulu. Biasanya dimakan secara mentah & adakalanya dimasak. Timun mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak dan karbohidrat sebanyak 2.2%. Selain itu timun juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C. Jadi apa beza antara timun tempatan, timun Jepun dan Zucchini?

7 Makanan Yang Baik Untuk Pengidap Diabetes

Sebut saja kencing manis atau diabetes, ramai yang menyangka kita dah tak boleh makan yang sedap lagi dah. Walaupun mencegah adalah lebih baik dari merawat, jika anda atau keluarga anda mempunyai penyakit ini, ini adalah senarai 7 sayuran lazat yang baik untuk pesakit kencing manis. Ini adalah panduan awam ya bukanlah khidmat nasihat perubatan. Yang penting jaga makan dan ikut nasihat doktor.

Kenali Cili Anda

Kalau sembang dengan petani, kadang-kadang sampai pening bila mereka bercakap tentang cili. Kita cuma terdedah kepada beberapa jenis cili saja di Malaysia ini. Tapi, tahukah anda bahawa sebenarnya ada 5 jenis cili yang sering dimakan? Bagaimana caranya untuk membezakannya?

Mengapa Kebun Kita Diwujudkan?

Krisis Makanan adalah salah satu sebabnya. Negara kita sebenarnya kaya dengan tanah yang subur dan penduduknya yang faham tentang pentingnya kerja keras. Sebab itu, saban generasi berganti, tetap akan ada anak-anak muda yang menyahut cabaran menjadi petani, penternak & nelayan. Namun, saban tahun berganti, masih ketara masalah keselamatan makanan negara. Mengapa? Dengan teknologi yang ada, bukankah sepatutnya kita makin maju? Tapi sebaliknya berlaku. Siapa yang perlu dipersalahkan?

Shopping Cart
Scroll to Top